Salah Ten Hag tidak jual Ronaldo

Salah Ten Hag tidak jual Ronaldo

ERIK ten Hag (kiri) tidak mahu Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United dan sedia berdamai dengan penyerang Portugal itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bekas bintang Manchester United, Teddy She­ringham menyelar Erik ten Hag kerana gagal menjual Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas.

Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford ketika Ten Hag tiba kerana dia tidak gembira United gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Begitupun, penyerang berusia 37 tahun itu sukar mendapat kelab baharu yang sesuai selepas Chelsea dan Bayern Munich antara yang membatalkan hasrat membelinya.

Akibatnya, dia terpaksa kekal bersama United, terlepas beberapa aksi pramusim dan bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah Ten Hag.

Sheringham percaya, Ro­naldo melalui kehidupan sukar di bawah Ten Hag dan meletakkan kesalahan tersebut ke atas pe­ngendali dari Belanda itu kerana tidak membenarkannya meninggalkan kelab.

TEDDY SHERINGHAM

“Saya rasa Ronaldo sudah menerima hakikat dia harus kekal dan suasananya nampak tidak terlalu teruk. Apabila anda ada ‘superstar’ dalam kem, ia boleh menjejaskan ramai pemain lain.

“Kalau saya di tempat Ten Hag, saya akan beritahunya..kamu dibenarkan pergi musim panas ini dan saya mahu membina semula pasukan dengan penyerang tengah sebenar serta pemain muda yang ada.

“Atau mereka (United) sebenarnya tiada penyerang tengah sebenar?

“Ten Hag mendapat salah satu pekerjaan paling sukar dalam bola sepak dunia ketika ini.

“Dia datang ke United dan cuba membawa mereka mendayung ke arah yang sama tetapi tanpa penyerang tengah semula jadi di sana mengetuai barisan dan menjaringkan gol, saya fikir dia akan merasa sukar,” kata ­Sheringham yang dipetik kepada The Mirror.

ERIK TEN HAG

United mengharungi kempen bercampur-campur setakat ini, menang lima dan tewas tiga perlawanan Liga Perdana.

Kata Sheringham, dia percaya, punca masalah United adalah kekurangan pe­nyerang tengah semula jadi.

“Dia telah mencuba beberapa pemain berbeza. (Anthony) Martial, (Marcus) Rashford dan Ronaldo tetapi tiada seorang pun penyerang tengah yang betul.

“Saya suka Antony, dia menjadikan perlawanan ‘hidup’ begitu juga Jadon Sancho,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN