Ribut, taufan KL City ‘gempur’

Ribut, taufan KL City ‘gempur’

PEMAIN Kuala Lumpur City menjalani latihan akhir di Jizzakh, Uzbekistan semalam dalam persiapan menghadapi Sogdiana Jizzakh pada perlawanan akhir Antara Zon Piala AFC malam ini. – IHSAN KL CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bojak Hodak menyeru pemain Kuala Lumpur City (KL City) melupakan ‘dugaan’ cuaca dan perjalanan jauh, sebaliknya turun bermati-matian apabila berdepan Sogdiana Jizzakh dalam perlawanan akhir Antara Zon Piala AFC malam ini. 

Selepas mengharungi 15 jam perjalanan untuk tiba di Jizzakh, skuad The City Boys perlu berdepan cuaca sejuk mencecah 23 darjah Celsius bagi memburu kemenangan bersejarah ke atas Sogdiana. 

Kata Hodak, persiapan pasukan ketika ini dalam keadaan terbaik dan semua pemain utama boleh diturunkan 

“Pemain harus merasai ‘kesakitan dan kesusahan’ jika mahu berjaya.

“Kami tidak berhadapan masalah kecederaan dan tonggak seperti Zhafri Yahya dalam keadaan terbaik untuk memastikan KL City memburu keputusan positif,” katanya.

Selain itu, Hodak berkata, dua pemain lawan, Shokhruz Norkhonov dan Jasur Khasanov harus diberikan perhatian kerana mereka amat berbahaya dalam kawasan kotak penalti.

Menurutnya, barisan kejurulatihan sudah membuat analisis permainan ditampilkan PFC Sogdiana dan melihat ada dua atau tiga pemain cukup berbahaya terutama ketika mereka melancarkan serangan balas.

KL City mencipta sejarah di pentas Piala AFC musim ini apabila berjaya mengesahkan tempat ke final Antara Zon.

KL City-AFC

Lebih manis, kejayaan itu tercipta di gelanggang lawan selepas pasukan terbabit menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 pada separuh akhir Antara Zon di Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan, bulan lalu.

Jika menewaskan PFC Sogdiana, KL City akan layak ke final Piala AFC untuk bertemu pemenang perlawanan antara kelab dari Oman, Al-Seeb atau pasukan Bahrain, Al-Riffa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya