‘Penasihat’ mahu Mbappe ke Liverpool

‘Penasihat’ mahu Mbappe ke Liverpool

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penasihat paling dipercayai Kylian Mbappe di­la­por­­kan memberitahunya bahawa perpindahan ke Liverpool adalah yang terbaik.

Menurut akhbar Pe­rancis, El Pais, ‘penasihat bola sepak paling dihormati Mbappe’ iaitu bapa saudaranya Pierre mahu dia menandatangani kontrak dengan Reds yang dianggap sesuai dengan gaya permainannya.

Penyerang Perancis itu, yang diejek pada ­majlis Ballon d’Or di Paris, menandatangani kontrak lanjutan mega baharu dengan Paris Saint-Germain (PSG) musim panas lalu selepas menolak tawaran Real Madrid.

Khabar angin timbul dia mahu me­ninggalkan PSG kerana ­‘di­khianati’ oleh kelab atas beberapa tindakan mereka.

HUBUNGAN dengan Neymar (kiri) yang dingin antara faktor Kylian Mbappe mahu meninggalkan PSG.

Sejak itu, dia dikaitkan dengan perpindahan ke dua pasukan Liga Perdana iaitu Manchester City dan Liverpool.

Menurut El Pais, mereka sudah beberapa kali berbincang mengenai perpindahan ke Anfield.

Malah, Pierre mendedahkan, keluarga Mbappe pernah dihubungi oleh juara Eropah enam kali itu.

Bagaimanapun, apa meresahkan mereka adalah permulaan perlahan Reds musim ini, selain kebimba­ngan pengurus kelab, Jurgen Klopp akan dipecat.

“Mbappe tidak gembira di Paris Saint-Germain dan keadaan kini sangat tegang.

“Dia mahu meninggalkan kelab secepat mungkin,” kata pakar perpindahan, Fabrizio Romano. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN