Krisis tenaga: Malaysia ada hak tuntut pampasan dari kedutaan AS

Krisis tenaga: Malaysia ada hak tuntut pampasan dari kedutaan AS

SATHIA PRAKASH NADARAJAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Amerika Syarikat (AS) digesa membayar pampasan kepada negara yang terjejas termasuk Malaysia susulan konflik peperangan yang dicetuskan di Asia Barat.

Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, tuntutan tersebut wajar dikemukakan melalui Kedutaan AS.

Beliau berkata, kesan peperangan dan sekatan ekonomi itu bukan sahaja menjejaskan negara terlibat sebaliknya mengheret negara membangun ke kancah ketidakstabilan ekonomi.

“Oleh itu, kita berhak menuntut melalui kedutaan AS agar mereka bertanggungjawab dan mempertimbangkan pampasan terhadap kesan ekonomi yang ditanggung negara lain,” katanya bagi mengulas ketegangan antara AS-Israel dan Iran serta implikasi terhadap rakyat Malaysia, terutamanya dari segi kos sara hidup dan perdagangan.

Konflik antara Iran, AS dan Israel memberi kesan langsung kepada ekonomi global seterusnya mengakibatkan harga minyak melonjak sehingga mencetuskan krisis tenaga.

Dr. Sathia berkata, kuasa besar seperti Amerika seharusnya memikirkan impak negatif terhadap negara-negara ketiga yang terkesan akibat krisis tenaga itu.

“Malaysia perlu berani menyuarakan haknya di pentas diplomasi bagi memastikan kebajikan rakyat terus dilindungi daripada kesan geopolitik luar. Adalah wajar bagi negara-negara yang terjejas untuk menuntut agar pihak yang bertanggungjawab mempertimbangkan mekanisme pampasan atau bantuan ekonomi.

“Ini bagi mengimbangi kerugian yang dialami oleh rakyat di peringkat akar umbi yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang dan ketidaktentuan pasaran,” katanya.

Dr. Sathia juga merancang untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika pada hari Selasa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN