Pearly-Thinaah tamatkan penantian 114 tahun di Terbuka Perancis

Pearly-Thinaah tamatkan penantian 114 tahun negara di Terbuka Perancis

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejarah berjaya dilakar di Stade Pierre de Coubertin sebentar tadi, apabila beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah berjaya menamatkan penantian Malaysia untuk bergelar juara Terbuka Perancis selepas menumbangkan pasangan berpengalaman dari Jepun, Mayu Matsumoto – Wakana Nagahara.

Biarpun lawan memiliki reputasi sebagai juara dunia dua kali serta turun sebagai pilihan keempat kejohanan, Pearly dan Thinaah mempamerkan ketenangan selain pertahanan yang ampuh untuk mematikan serangan lawan.

Selepas berjuang selama 72 minit, Pearly dan Thinaah berjaya memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-19 18-21 21-15, sekaligus kejuaraan kedua mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF selepas memenangi Terbuka Switzerland tahun lalu.

Lebih manis, Pearly dan Thinaah juga sudah mengesahkan slot automatik ke saingan Akhir Jelajah Dunia yang akan berlangsung di Guangzhou, China Disember depan.

Sejak Kejohanan Terbuka Perancis ini diwujudkan pada 1908, belum pernah ada gandingan Malaysia menjadi juara, kecuali ketika edisi 1962 apabila lagenda badminton negara, Gan Aik Bee pernah melakar sejarah menjadi pemain Malaysia pertama menjuarai kejohanan ini, bagaimanapun pasangannya ketika itu merupakan pemain Denmark, Bent Nielsen.

Sebelum ini, gandingan Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty nyaris untuk melakukannya, namun tewas kepada gandingan China, Du Jing – Yu Yang ketika edisi 2008.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya