Paris 2024 kerah 30,000 polis bertugas sehari

Paris 2024 kerah 30,000 polis bertugas sehari

LAKARAN ilustrasi yang dikeluarkan oleh penganjur Paris 2024 mengenai upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris yang dijadual berlangsung pada 28 Ogos, 2024. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penganjur Sukan ­Olim­pik Paris 2024 merancang mengerah 30,000 anggota keselamatan bertugas setiap sehari sepanjang temasya sukan terbesar dunia itu berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos tahun hadapan.

Cadangan itu timbul selepas keselamatan ribuan penyokong Liverpool diancam ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara, musim lalu yang menyaksikan Reds tunduk kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid di Stade de France.

Situasi menjadi tidak terkawal apabila kumpulan besar penyokong berasak-asak memasuki stadium, ditambah pihak polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka bagi meleraikan keadaan.

PENGANJUR Olimpik Paris 2024 mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam final Liga Juara-Juara musim lalu.

Justeru, kerajaan Perancis berikrar untuk memberi jaminan keselamatan bukan sahaja untuk persediaan penganjuran sukan Olimpik, malah Sukan Paralimpik dan acara penting lain yang akan dilangsungkan di negara itu.

Biarpun situasi final Liga Juara-Juara dan Sukan Olimpik berbeza, namun pihak pengajur enggan mengambil risiko dan memperuntukkan purata 30,000 ribu anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh temasya berlangsung.

Seramai 35,000 anggota ­polis pula akan bertugas ketika upacara pembukaan pada 26 Julai 2024.

Pihak penganjur menjangkakan seramai 600,000 penonton akan hadir menyaksikan upacara itu yang akan berlangsung di Seine, sebatang sungai di utara Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN