TAWAU: Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan susulan video tular pergaduhan di Bazar Ramadan Sabindo, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya juga masih dalam proses mengesan beberapa lagi suspek yang sudah dikenal pasti.
“Setakat ini lima tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek lain sedang dijalankan. Punca pergaduhan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, video pergaduhan berdurasi 37 saat itu tular di media sosial dipercayai berlaku di kawasan Bazar Ramadan Sabindo.
Menerusi video berkenaan, sekumpulan individu dilihat menyerang dan bertumbuk antara satu sama lain di tengah laluan Bazar berkenaan.-UTUSAN.










