KL City mahu pahat sejarah

KL City mahu pahat sejarah

PEMAIN Kuala Lumpur City menjalani latihan akhir di Jizzakh, Uzbekistan semalam dalam persiapan menghadapi Sogdiana Jizzakh dalam perlawanan akhir Antara Zon Piala AFC malam ini. - IHSAN KL CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun tidak menyarung jersi Harimau Malaya tetapi pemain Kuala Lumpur City (KL City) tetap membawa nama Malaysia menjelang aksi berdepan kelab dari Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh di pentas final Antara Zon Piala AFC, malam ini.

Pemain KL City Fakrul Aiman Sidid mengakui pengalaman berada di pentas ini sangat berharga dan peluang itu tidak mahu dipersia-siakan dengan tidak memberi yang terbaik.

Jelasnya, meskipun di atas kertas pasukan Sogdiana menjadi pilihan namun tempoh 90 minit di atas padang akan menjawab segalanya.

“Kami sudah mara sejauh ini biarpun kali pertama beraksi di pentas AFC. Peluang sebegini tidak mungkin akan datang berkali-kali, jadi kami akan bermain bermati-matian dan tak rela pulang dengan rasa bersalah (tidak beri yang terbaik).

“Menang atau kalah itu perkara kedua kerana paling penting kami perlu beri aksi terbaik. Kami bukan hanya membawa nama kelab tetapi juga nama negara,” katanya yang turut menjaring gol ketika menewaskan ATK Mohun Bagan 3-1 pada aksi separuh akhir.

Ketika ditanya mengenai keadaan cuaca di sana, Fakrul Aiman mengakui keadaan cuaca adalah sejuk tetapi dia dan rakan sepasukannya akan cuba menyesuaikan diri secepat mungkin.

“Sejuk juga di sini tetapi kami akan berusaha menyesuaikan diri secepat mungkin. Waktu malam lebih sejuk berbanding siang.

“Keadaan pemain semua berada dalam keadaan bersedia dan tidak sabar untuk turun bermain, jika ada rezeki kami semua mahu terus mara,” ujarnya.

Skuad The City Boys membuktikan bahawa biarpun memiliki bajet kecil di Liga Malaysia namun tiada yang mustahil untuk mereka mencipta kejutan di pentas Asia.

Seandainya skuad kendalian Bojan Hodak mampu menjinakkan Sogdiana maka akan mara ke pentas final yang dijadualkan berlangsung 22 Oktober menentang sama ada kelab Oman, Al Seeb ataupun Al-Riffa SC (Bahrain).

Terdahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang muncul juara Piala AFC pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya