'Kami tak ramai tapi cukup memeriahkan Bukit Jalil'

‘Kami tak ramai tapi cukup memeriahkan Bukit Jalil’

GELAGAT sebahagian penyokong pasukan Al-Seeb yang beratur untuk menonton perlawanan akhir Piala AFC 2022 menentang KL City di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun datang dalam kumpulan kecil, namun kehadiran penyokong Al-Seeb dengan jersi hijau kuning memeriahkan perlawanan akhir Piala AFC menentang Kuala Lumpur City (KL City) malam ini.

GELAGAT sebahagian penyokong pasukan Al-Seeb yang beratur untuk menonton perlawanan akhir Piala AFC 2022 menentang KL City di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

 

“Kami tidak ramai tetapi cukup menceriakan Bukit Jalil”.

Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh mereka apabila bersorak dan tidak menghiraukan ribuan penyokong tuan rumah yang mula tiba di Stadium Nasional, Bukit Jalil beberapa jam sebelum perlawanan bermula pada pukul 7 malam ini.

KL City dan kelab Oman, Al-Seeb masing-masing turun untuk memahat sejarah merangkul kejuaraan berprestij, Piala AFC buat kali pertama.

PENYOKONG KL City dan Al-Seeb bergambar bersama sebelum memasuki stadium untuk final Piala AFC.

Jika Al-Seeb membariskan hampir 10 pemain kebangsaan Oman, KL City pula mengharapkan ‘taktikal masters’ mereka, Bojan Hodak dapat merencanakan strategi terbaik untuk menawan Bukit Jalil.

Lebih 15,000 dijangka hadir di stadium untuk menonton perlawanan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN