Kami pernah kalahkan JDT, tidak mustahil tumpaskan Al-Seeb

Kami pernah kalahkan JDT, tidak mustahil tumpaskan Al-Seeb

BOJAK Hodak (kiri) dan kapten KL City, Paulo Josue bersama Piala AFC yang bakal menjadi rebutan dengan kelab Oman, Al-Seeb esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City  (KL City) tidak gentar dengan reputasi Al-Seeb yang dibarisi sekurang-kurangnya 10 pemain kebangsaan Oman.

Pengendali The City Boys, Bojan Hodak berkata, mereka mempunyai pengalaman menumpaskan pasukan dengan reputasi sama dalam saingan domestik dan tidak mustahil mampu mengulanginya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Katanya, KL City pernah menewaskan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala Malaysia musim lalu walaupun rata-rata skuad Harimau Selatan itu dibarisi pemain kebangsaan.

KL City menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Malaysia tahun lalu selepas mengejutkan JDT dalam perlawanan akhir.

“Saya boleh jawab tiada siapa peduli perlawanan berakhir dengan cara apa kerana perkara paling penting adalah kemenangan.

“Lima tahun akan datang, tiada siapa akan ingat siapa bermain di pentas final cuma mereka mengingati pasukan yang berjaya menjulang piala.

“Apa yang boleh saya katakan, pentas final adalah perlawanan yang cukup menarik apabila setiap individu cuba mengurangkan kesilapan untuk meraih keputusan positif,”  katanya, dalam sidang akhbar Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Selain itu, Bojan berkata, terdapat beberapa pemain Al-Seeb yang perlu diberikan perhatian dalam usaha mengekang kemaraan mereka.

KL City-AFC
PEMAIN KL City bersedia untuk menggempur malam ini.

“Sudah pastinya kita perlu mengawasi penyerang dan saya lihat ada dua atau tiga pemain mereka cukup berbahaya apabila melakukan serangan.

“Jika pemain berkenaan berjaya dikawal sudah pastinya kita mampu menguasai perlawanan untuk meraih keputusan positif,”katanya.

Tambah Hodak, pemainnya akan berdepan tugas berat selepas menganggap Al Seeb memiliki kekuatan di semua bahagian.

“Al Seeb pasukan yang bagus, saya percaya mereka juga ada pengalaman beraksi di stadium penuh.

“Apa yang penting kami akan cuba kurangkan kesilapan dalam perlawanan itu,” katanya.

KL City kini hanya selangkah untuk menyamai pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) yang muncul pasukan ASEAN pertama menjuarai Piala AFC pada 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya