Jualan tiket PJ City-JDT diserah kepada keluarga mendiang Rajesh

Jualan tiket PJ City-JDT diserah kepada keluarga mendiang Rajes

Tiket jualan perlawanan KL City-JDT akan diserahkan kepada keluarga Rajes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petaling Jaya City (PJ City) akan menyerahkan jualan tiket perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada keluarga mendiang Rajes Perumal yang meninggal dunia dalam kemalangan motosikal pada Isnin lalu.

Presiden PJ City FC, Datuk Subahan Kamal berkata, pemilik pasukan, Datuk Vijay Eswaran mahu kelab menyumbangkan jualan tiket perlawanan Piala Malaysia sebagai penghargaan atas jasanya kepada kelab.

“Mendiang telah bersama kami sejak penampilan sulung dalam Liga Super pada 2019.

“Tidak dinafikan, pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada kelab dan bola sepak Malaysia.

“Dia adalah pemain yang berdisiplin tinggi dan komited sepenuhnya baik di dalam mahupun di luar padang.

“Kami berharap semua peminat bola sepak akan tampil dengan penuh semangat untuk menonton perlawanan ini dan sama-sama menyumbang untuk tujuan amal ini.

“Semua hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada keluarga Rajes yang termasuk isteri dan tiga anaknya.

“Pemergian beliau adalah satu kejutan besar buat kita semua,” jelas Subahan.

Rajes, 37 telah bermain dalam perlawanan terakhir Liga Super membantu The Phoenix menang 1-0 ke atas KL City FC.

PJ City bakal menentang JDT pada pusingan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 26 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.