JDT lawan Kedah, siapa akan 'koyak' malam ini?

JDT lawan Kedah, siapa akan ‘koyak’ malam ini?

PEMAIN JDT melakukan persiapan untuk menerima kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak punya apa untuk dikejar, manakala menang atau kalah tidak merubah nasib Kedah yang sudah lama terlepas slot Piala AFC, namun pertembungan Harimau Selatan dan Sang Kenari dalam aksi Liga Super malam ini mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air.

‘Perang mulut’ di antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang sudah lama berlarutan menyebabkan perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu dijangka panas.

‘PERANG mulut’ Tunku Ismail (kanan) dan Sanusi Md. Nor menghangatkan pertembungan JDT-Kedah malam ini.

Turun dengan rekod tanpa kalah dalam 20 perlawanan musim ini, JDT yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut, dua minggu lalu menjadi pilihan untuk meneruskan rekod bersih dan memenangi perlawanan di depan ribuan penyokong sendiri.

Kejayaan menumpaskan Kedah 3-1 dalam perlawanan pertama minggu lalu, biarpun beraksi dengan 10 pemain di depan hampir 15,000 penonton lawan di Stadium Darul Aman meningkatkan keyakinan Harimau Selatan untuk mengutip tiga mata.

Rekod Kedah yang tidak pernah mengalahkan JDT sejak kemenangan terakhir dalam kempen Piala Malaysia pada 31 Ogos 2018 menguatkan lagi keyakinan anak-anak buah Hector Bidoglio menghukum Sang Kenari sekali lagi.

MAMPUKAH Kedah bangkit memenangi pertemuan malam ini?

Selain pertembungan JDT-Kedah, tiga perlawanan melibatkan Sabah FC, Terengganu FC dan Negeri Sembilan juga mencuri tumpuan kerana tiket Piala AFC 2023 menjadi pertaruhan.

Sabah perlu mengalahkan Sri Pahang yang mengikat JDT 0-0, Jumaat lalu di Kuantan malam ini untuk mengekalkan kedudukan tangga kedua atau bakal dipintas Terengganu jika Sang Penyu menundukkan Kuala Lumpur City (KL City) di Cheras.

TERENGGANU FC akan berdepan cabaran getir KL City di Cheras.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee hanya memegang kelebihan satu mata ke atas Terengganu yang dibimbing Nafuzi Zain dengan mengumpul 39 mata hasil 12 kemenangan, tiga seri serta lima kekalahan.

Tugas Terengganu tidak mudah kerana KL City berada di tahap keyakinan tertinggi kerana baru sahaja melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFC.

Negeri Sembilan yang berada di tangga keempat dengan 38 mata mempunyai laluan lebih baik dengan menerima kunjungan pasukan bermasalah, Melaka United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN