SATU lagi tarikan di Bukit Fraser ialah hotel dengan rekaan dan sentuhan zaman kolonial iaitu Wyndham Garden Shahzan.
Keunikan tersebut menjadikan destinasi ini sebagai pilihan rata-rata pengunjung sejak dijenamakan semula, enam bulan lalu.
Apatah lagi dengan kedudukannya yang strategik dikelilingi alam semula jadi dan berdekatan padang golf.

Hotel yang mempunyai 92 buah bilik ini dahulunya dikenali sebagai Shahzan Fraser’s Hill.
Antara kemudahan lainnya termasuk restoran bersijil halal, gimnasium, wi-fi berkelajuan tinggi, tempat letak kereta percuma, dan bilik permainan kanak-kanak.
Tetamu juga boleh menikmati kepelbagaian hidangan di Puteri Teja Café, termasuk a-la carte Melayu, Barat dan Cina, Steamboat, dan hidangan Vegetarian.
Bagi pengalaman santai, hotel menampilkan Cigar Divan untuk menikmati cerut berkualiti dalam suasana selesa.
Selain itu hotel ini mempunyai dua dewan serbaguna, iaitu Seri Lela Manja dan Seri Lela Wangsa, sesuai untuk majlis korporat, persidangan, perkahwinan dan acara sosial.
Kru hotel yang berpengalaman memastikan setiap acara berjalan lancar dan memuaskan para tetamu.
Selain keindahan alam, Bukit Fraser turut meraikan sambutan krismas pada Disember lalu.
Mesin salji buatan disediakan untuk keseronokanenggungung, malah pada Januari 2026 ia menjadi lokasi penggambaran filem pendek hasil kerjasama Wyndham Garden Shahzan Fraser’s Hill dengan Persatuan Hanfu Malaysia sempena Tahun Baharu Cina.










