Gunners teruskan aksi cemerlang di pentas Eropah

Gunners teruskan aksi cemerlang di pentas Eropah

EDDIE Nketiah meledak gol pembukaan Arsenal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mengungguli Kumpulan A, Liga Europa apabila meneruskan rentak cemerlang dengan menumpaskan kelab Norway, Bodo/Glimt 3-0 hari ini.

Gunners menguasai babak pertama, dan memaksa lawan lebih banyak bertahan sehingga akhirnya melakukan kesilapan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mendahului 1-0 pada minit ke-23 selepas rembatan Kieran Tierney melantun dan ditolak oleh Eddie Nketiah.

Anak-anak buah Mikel Arteta tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan apabila Rob Holding menanduk hantaran lintang Fabio Vieira, hanya lima minit berselang.

Memasuki babak kedua, Glimt mempamer permainan lebih baik dan mencipta beberapa peluang, termasuk rembatan rendah Amahl Pellegrino yang diselamatkan penjaga gol, Matt Turner pada minit ke-57.

Vieira bagaimanapun ‘membunuh’ sebarang usaha lawan untuk merapatkan jurang apabila meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-84. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya