Guam sukarkan misi Malaysia untuk ke Piala Asia B-17

Guam sukarkan misi Malaysia untuk ke Piala Asia B-17

AKSI pemain Malaysia (jersi kuning) ketika menentang Guam dalam Kelayakan Piala Asia B-17 di Bogor, Indonesia hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memilih laluan amat berliku dalam kempen Kelayakan Piala Asia bawah 17 (B-17) 2023 apabila sekadar seri 1-1 dengan Guam dalam saingan Kumpulan B di Bogor, Indonesia hari ini.

Turun dengan misi memburu tiga mata, malah mengharapkan jaringan besar dicatat di Stadium Pakansari kerana Guam sebelum ini dibelasah 14-0 oleh Indonesia dan tumpas 9-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), anak-anak buah Osmera Omaro sebaliknya tidak mampu mengulangi prestasi cemerlang ketika membenam Palestin 4-0.

Skuad Malaysia B-16 terpaksa menunggu sehingga minit ke-73 untuk membuka jaringan menerusi Qahir Dzakirin.

Menjangkakan gol tersebut memadai untuk memberi tiga mata buat mereka, Malaysia bagaimanapun tersentak apabila Guam menyamakan kedudukan, enam minit sebelum tamat permainan menerusi Riku Ngeschekle Meyar.

Keputusan seri menyulitkan peluang Malaysia untuk menutup kempen selaku dua pasukan teratas perlu berdepan UAE, Jumaat ini, diikuti tuan rumah, Indonesia pada Ahad.

Juara kumpulan akan meraih tiket ke pusingan akhir yang kemungkinan berlangsung di Bahrain, tahun depan.

Selain 10 tiket menanti juara daripada 10 kumpulan itu, enam naib juara terbaik turut ditawarkan untuk beraksi di saingan kemuncak itu, di mana empat pasukan yang layak ke separuh akhir akan mewakili Asia ke saingan Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya