Chelsea, Newcastle rebut Neymar?

Chelsea, Newcastle rebut Neymar?

NEYMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar sedia untuk memulakan lembaran baharu dalam kariernya dengan mengembangkan sayap ke Liga Perdana Inggeris.

Penyerang Brazil itu mungkin akan melakukannya tahun depan selepas Chelsea dikatakan serius untuk membawanya keluar dari Ligue 1.

Menurut laporan di Eropah, langkah pertama Blues adalah meminjam pemain berusia 30 tahun itu sebelum membelinya secara tetap.

Sudah tentu, Chelsea pilihan menarik untuk Neymar, yang tidak lagi selesa berada di Paris kerana hubu­ngan diinginnya dengan Kylian Mbappe, ditambah pula Lionel Messi akan kembali ke Barcelona.

Chelsea sudah lama berminat untuk mendapatkan Neymar, sejak kelab itu dibimbing oleh Thomas Tuchel, malah Sky Sports mendedahkan, pe­ngendali dari Jerman tersebut sempat bertemu pemain itu sebelum dipecat.

Blues kini di bawah pengurus baharu, Graham Potter, namun minat terhadap Neymar tidak pernah berkurangan.

PSG sanggup lepaskan Neymar, namun Chelsea harus mengeluarkan duit yang ba­nyak kerana pemain itu yang ­dibeli dengan harga 227 juta euro (RM1.05 bilion) daripada Barcelona pada 2017 hanya akan ­tamat kontrak pada 30 Jun, 2025.

Pemilik baharu Blues, Todd Boehly dikatakan tidak sanggup mengeluarkan duit yang banyak kerana sudah berbelanja besar musim ini.

Situasi itu membuka laluan kepada Newcastle United, yang sudah pun memulakan rundi­ngan dengan PSG dan sedia memenuhi syarat ditetapkan gergasi Perancis tersebut.

‘Gangguan’ Newcastle bagaimanapun belum lancar kerana Neymar masih ragu-ragu dengan projek kelab ‘kaya baharu’ itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN