Bayern terlalu ampuh, Barca rebah di Milan

Bayern terlalu ampuh, Barca rebah di Milan

LEROY Sane meledak dua gol buat Bayern Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Ketiadaan dua tonggak, Joshua Kimmich dan Thomas Mueller akibat positif Covid-19 tidak langsung menjejaskan Bayern Munich apabila membenam Viktoria Plzen 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Tiga kemenangan berturut-turut yang dilakar dalam Kumpulan C membolehkan anak-anak buah Julian Nagelsmann sebelah kaki untuk mara ke peringkat kalah mati dengan meraih sembilan mata maksimum.

Inter Milan yang mengejutkan Barcelona 1-0 mengekori di tangga kedua dengan enam mata, manakala Barca di tempat ketiga.

Leroy Sane meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Bayern disempurnakan Serge Gnabry, Sadio Mane dan Eric Maxim Choupo Moting.

“Kami kekal tenang, menguasai serta mengawal permainan sepenuhnya.

“Kemenangan ini penting untuk mengekalkan momentum selepas perlawanan menentang Leverkusen,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer merujuk kemenangan 4-0 ke atas Leverkusen di dalam aksi Bundesliga, Sabtu lalu

Sementara itu, gol tunggal Hakan Calhanoglu pada waktu kecederaan babak pertama memberi tiga mata berharga buat Inter di San Siro.

Pengendali Barcelona, Xavi bagaimanapun menyelar pengad dari Slovenia, Slavko Vincic kerana membatalkan gol penyamaan Pedri di babak kedua.

Selepas merujuk video bantuan pengadil (VAR), jaringan Pedri pada pertengahan babak kedua dibatalkan kerana bola dikatakan sudah terkena tangan rakan sepasukannya, Ansu Fati.

Di hujung permainan, Vincic enggan memberikan sepakan penalti kepada Barcelona selepas pertahanan Inter, Denzel Dumfries menyentuh bola dalam kawasan penalti.

“Ia sangat menjengkelkan. Ini sangat tidak adil, kebangkitan kami dinafikan.

“Pengadil perlu memberi penjelasan. Bola jelas terkena tangan dan saya sangat marah ketika ini,” kata Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya