Arsenal akan bedil Liverpool?

Arsenal akan bedil Liverpool?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mendahului Liga Perdana Inggeris dan menang sembilan daripada 10 perlawanan (semua pertandingan) musim ini meletakkan Arsenal sebagai pilihan untuk membenam ­Liverpool di Emirates hari ini.

Skuad bimbingan Mikel Arteta juga memegang kelebihan 11 mata ke atas Reds, yang bergelut dengan prestasi dan menghuni tangga kesembilan liga.

Kemasukan trio Gabriel Jesus, Oleksandr Zinchenko dan William Saliba membantu Gunners mempamer peningkatan dramatik.

KEHADIRAN Gabriel Jesus membawa impak kepada Arsenal.

Kebanyakan pemerhati bola sepak memilih kelab London itu bukan sahaja akan mengalahkan Liverpool, malah merobek gawang mereka jaringan besar.

Bekas penyerang Blackburn, Chris Sutton memilih Arsenal akan menang 4-1 kerana ‘semua tidak kena’ di Anfield ketika ini.

Paul Merson, yang juga bekas penyerang Arsenal tidak melihat Reds mempunyai jalan untuk menundukkan Gunners.

Jurgen Klopp membalas semua komen yang tidak memihak pasukannya dengan berkata, Liverpool akan tampil sebagai lawan yang sukar dibaca.

Pengurus Reds itu jugasedia melakukan perubahan taktikal seperti ketika menentang ­Rangers dalam Liga Juara-Juara apabila dia menggunakan formasi 4-2-3-1.

Darwin Nunez diletak sebagai penyerang depan ketika itu, sambil mendapat sokongan trio Mohamed Salah, Diogo Jota dan David Luis.

DARWIN Nunez (kanan) mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama Reds.

ARSENAL LEBIH YAKIN

Selain rekod cemerlang, momentum baik yang ditunjukkan Gunners membolehkan mereka memiliki kelebihan psikologi besar ke atas Liverpool.

“Saat anda mendapat momentum, anda boleh meninggalkan lawan jauh di belakang.

“Kelebihan psikologi sangat penting dan kami memilikinya ketika ini,” kata pengendali Arsenal, Arteta.

Arteta menyeru pemainnya beraksi tanpa rasa gentar seperti ketika menumpaskan Tottenham 3-1 dalam aksi terakhir Liga Perdana.
Jesus sekali lagi bakal menjadi sandarannya untuk merobek gawang lawan.

BALAS KOMEN ‘SAMPAH’

PEMAIN Liverpool menjalani latihan akhir semalam.

Sementara itu, Klopp menggesa pasukannya membalas komen ‘sampah’ yang diberikan kepada mereka dengan me­numpaskan Arsenal.

“Kami perlu konsisten. Untuk konsisten, kita perlu balas cemuhan yang dilemparkan, malah ada yang melihat kita seperti ‘sampah’,” kata pengendali dari Jerman itu.

Reds diikat 3-3 oleh Brighton dalam aksi terakhir liga, namun menampilkan aksi berbeza ketika menumpaskan Rangers 2-0, Rabu lalu.

“Kami mahu menjadi pasukan yang sukar diramal dan tampil de­ngan taktikal berbeza dalam setiap perlawanan,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya