LISBON: Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri berkata, dia ‘meminta maaf dan sangat marah’ ekoran penyingkiran awal pasukannya dalam Liga Juara-Juara selepas tumpas 4-3 kepada Benfica semalam.
Biarpun aksi Kumpulan H masih berbaki satu perlawanan, skuad The Old Lady sudahpun ditunjukkan jalan keluar, iaitu kali pertama mereka disingkirkan sejak 2013.
Gergasi bola sepak Itali itu hanya mampu menamatkan kempen di tangga ketiga, bermakna mereka akan meneruskan saingan dalam Liga Europa.

“Ia lebih kepada pendekatan yang salah. Saya fikir kami terlalu lembut ketika bertahan pada separuh masa pertama
“Kami kecewa dan marah kerana terkeluar dari Liga Juara-Juara.
“Sekarang kami perlu fokus kepada liga (Itali) dan kekal fokus menentang Paris Saint-Germain (Rabu depan) kerana kami perlu sekurang-kurangnya meraih tiket Liga Europa.
“Kami melakukan terlalu banyak kesilapan malam ini tetapi tiada guna untuk bercakap mengenainya sekarang. Saya tidak anggap ini satu kegagalan. Dalam bola sepak juga ada kekalahan,” katanya. – AGENSI