KUALA LUMPUR: Kelab Oman, Al-Seeb nyata lebih unggul pada 45 minit pertama permainan apabila mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) 2-0 selepas tamat separuh masa dalam final Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dua jaringan Ali Sulaiman Al Busaidi pada minit ke-22 dan Abdul Aziz minit ke-36 memisahkan kedua-dua pasukan.
KL City turut memiliki peluang menjaringkan gol menerusi Paulo Jouse pada awal permainan namun tindakannya yang lewat membuat hantaran kepada rakan sepasukan menutup buat tuan rumah berada didepan.
Zhafri Yahya seharusnya memastikan penjaga gawang Al-Seeb, Ahmed Faraj mengutip bola dalam gawang sendiri pada minit ke-18, namun percubaan pemain itu gagal menewaskan Ahmed Faraj.
Selang empat minit kemudian, Al -Seeb akhirnya memperolehi gol menerusi sepakan penjuru diambil Ali Sulaiman Al Busaidi yang terus menerjah jaring gol untuk menewaskan Kevin Mendoza.
Memasuki minit ke-36, pelawat terus melebarkan jurang gol menerusi tandukan Abdul Aziz untuk gol kedua.
Terdahulu sebelum aksi perlawanan bermula, penonton dihiburkan dengan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Sheila Majid.
Penyanyi yang popular dengan lagu Antara Anyer Dan Jakarta itu menghiburkan penonton dengan lagu Sinaran yang merancakkan suasana sebelum sepak mula. – UTUSAN ONLINE