Tiada penyesalan, kami sudah buat yang terbaik

Tiada penyesalan, kami sudah buat yang terbaik

MALAYSIA muncul naib juara Piala Raja Thai ke-48 selepas tumpas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan dalam final di Chiang Mai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kim Pan Gon menegaskan, Harimau Malaya sudah memberi yang terbaik dan kekal di landasan positif biarpun gagal menamatkan kemarau 44 tahun untuk menjulang Piala Raja Thai.

Menduduki ranking ke-148 dunia, Malaysia berjaya mengikat pasukan No. 109 dunia, Tajikistan 0-0 dalam 90 minit permainan sebelum tumpas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada final di Chiang Mai malam tadi.

“Kami sudah menjangkakan perlawanan yang sukar kerana Tajikistan yang  berada di ranking ke-109 dunia sebuah pasukan yang sangat fizikal dan kuat tetapi saya amat berbangga dengan sikap serta semangat pemain Harimau Malaya.

SELEPAS mengikat Tajikistan 0-0, Malaysia tumpas menerusi penentuan sepakan penalti 0-3 dalam final Piala Raja Thai di Chiang Mai.

“Tiada penyesalan kerana kami telah melakukan yang terbaik dan akan menilai pasukan ini sebelum membuat persiapan menghadapi Piala AFF 2022 (20 Disember hingga 16 Januari 2023),” katanya.

Pengendali dari Korea Selatan itu kecewa kerana hujan lebat pada separuh masa pertama memberi kesukaran kepada pasukannya untuk menunjukkan permainan sebenar.

KIM PAN GON

Kata Pan Gon, sebolehnya beliau tidak mahu perlawanan ditamatkan menerusi penentuan sepakan penalti dan percaya pemain boleh memberi aksi lebih baik jika tidak disebabkan permukaan padang basah.

Bagaimanapun Pan Gon percaya, Harimau Malaya memiliki kemampuan untuk memberi tentangan hebat kepada pasukan-pasukan dalam kelompok 110 terbaik dunia, dua tahun dari sekarang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya