Tak patut ‘serang’ Ronaldo seorang

Tak patut ‘serang’ Ronaldo seorang

REAKSI Cristiano Ronaldo selepas Portugal tumpas kepada Sepanyol dalam Liga Negara-Negara di Braga kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bruno Fernandes mempertahankan Cristiano Ronaldo dengan meminta semua pihak tidak mencetuskan ‘drama’ ekoran kekalahan Portugal kepada Sepanyol dalam Liga Negara-Negara di laman sendiri kelmarin.

Biarpun Portugal menguasai permainan, namun jaringan ­Alvaro Morata pada minit ke-88 menghukum tuan rumah dan membawa Sepanyol mara ke pusingan akhir.

Reaksi Ronaldo selepas wisel penamat ditiupkan menyerlahkan kekecewaan kapten Portugal itu selepas bekerja keras terutama pada babak kedua.

Begitupun secara keseluruhan, penyerang Manchester United berusia 37 tahun itu kelihatan agak berkarat dan beberapa kali gagal menemui sasaran, mungkin disebabkan kurang minit permainan di kelab.

Bruno menegaskan, kekalahan itu harus dipikul seluruh pasukan dan tidak diletakkan di bahu Ronaldo hanya kerana dia gagal menunjukkan magis ­seperti yang sering dilakukan.

“Bukan hanya Cristiano yang gagal. Kami semua mencuba dan kami tidak dapat (menja­ringkan gol). Penjaga gol Sepa­nyol itu sangat bagus.

“Cristiano bermain dengan baik, dengan cita-cita untuk membantu pasukan kebangsaan seperti biasa dan anda tidak perlu membuat cerita mengarut.

“Cristiano seorang penyerang, dia mahu menja­ringkan gol, tidak perlu buat sinetron di sekeli­lingnya…

“Jangan lupa dia adalah pemegang rekod gol pasukan, dan apa yang berlaku tidak mengganggu persiapan Piala Dunia,” kata Fernandes.

Ronaldo hanya menja­ringkan satu gol musim ini, dalam Liga Europa menerusi penalti. Dia gagal menjaringkan gol dalam aksi Liga Negara-Negara, walaupun bermain 90 minit dalam kedua-dua perlawanan terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.