Siuu Ronaldo kembali bergema

Siuu Ronaldo kembali bergema

CRISTIANO Ronaldo meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika membantu Manchester United menumpaskan Sheriff 2-0 dalam saingan Liga Europa di Stadium Zimbru, Chisinau awal pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo meledak gol pertamanya musim ini ketika membantu Manchester United kembali ke landasan kemenangan dalam kempen Liga Europa selepas menumpaskan Sheriff Tiraspol 2-0 di Moldova awal pagi tadi.

Ronaldo mengharungi tujuh perlawanan tanpa gol sebelum bintang Portugal itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39.

Itu adalah jaringan ke-699 Ronaldo buat United, sekali gus membantu Red Devils bangkit daripada kekalahan mengejut 0-1 kepada Real Sociedad dalam aksi pembukaan Kumpulan E di laman sendiri minggu lalu.

Biarpun jaringan di pentas Liga Europa tidak begitu mengujakan Ronaldo, namun pemain berusia 37 tahun itu tetap lega akhirnya mencetak nama sebagai penjaring musim ini.

Terdahulu, Jadon Sancho memberi permulaan baik buat United apabila meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-17.

Pengendali United, Erik ten Hag gembira dengan sumbangan yang ditunjukkan Ronaldo dalam pertemuan menentang Sheriff, namun percaya, pemain itu perlu mempertingkatkan tahap kecergasannya.

PEMAIN Manchester United meraikan gol pembukaan yang disempurnakan Jadon Sancho ketika menentang Sheriff dalam saingan Liga Europa di Stadium Zimbru, Chisinau, Moldova pagi tadi. – AFP

“Kami boleh menjangkakan ini apabila anda terlepas pramusim jadi dia perlu bekerja keras dan melabur untuk mendapatkan kecergasan yang betul kemudian dia akan menjaringkan lebih banyak gol.

“Anda boleh lihat dia semakin hampir (di tahap terbaik). Saya rasa dia komited sepenuhnya untuk projek ini dan kepada pasukan ini. Dia memerlukan jaringan itu.

“Kami gembira untuknya dan pasukan mahu dia meledak gol, jadi itu bagus,” kata Ten Hag.

Selepas kalah kepada Sociedad, Khamis lalu, anak-anak buah Ten Hag sedar mereka tidak boleh melakukan kesilapan di Chisinau.

Bertemu Sheriff , juara Moldova yang menewaskan Real Madrid pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim lalu bukan tugas mudah.

Ten Hag menurunkan barisan terkuat dengan Ronaldo mengetuai jentera serangan, dibantu Sancho, Bruno Fernandes serta pemain sayap, Antony dalam kesebelasan utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya