fbpx

Siti Sarah Ratu Pecut Sukma 2022

NOR Sarah Adi meraih pingat emas acara 100 meter wanita pada Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas lompat bergalah Sukan SEA Vietnam, Siti Sarah Adi dinobatkan sebagai Ratu Pecut Sukan Malaysia (Sukma)  XX MSN 2022 selepas menjuarai saingan 100 meter (m) wanita akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini, sebentar tadi.

Atlet Pahang itu memecut laju tanpa dicabar oleh pesaing terdekatnya untuk mencatat masa 11.91 saat (s).

Pingat perak menjadi milik, Nor Aishah Rofina Aling dari Sabah yang melakar masa 12.08s, manakala gangsa diraih pelari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd. Rizal yang melakukan catatan 12.10s. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN