Rezal tuntut Kelantan FC bermain sepenuh jiwa

Rezal tuntut Kelantan FC bermain sepenuh jiwa

Rezal Zambery Yahya berkata, The Red Warriors masih di landasan untuk mengejar kejuaraan musim ini dan mengingatkan pemain mengekalkan fokus sepanjang perlawanan bagi memastikan mereka keluar sebagai pemenang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan pemain Kelantan FC dituntut memberi aksi sepenuh jiwa apabila menentang Selangor II hari ini bagi merampas kedudukan peneraju Liga Perdana daripada Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Pengendalinya, Rezal Zambery Yahya berkata, The Red Warriors (TRW) masih di landasan untuk mengejar kejua­raan musim ini.

Beliau mengingatkan pemain mengekalkan fokus sepanjang perlawanan bagi memastikan TRW keluar sebagai pemenang.

“Persiapan pasukan baik dan tempoh rehat dua minggu ini kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk merapikan struktur pasukan.

“Pemain-pemain telah mendapat rehat secukupnya dan saya yakin mereka telah kembali ke lapangan latihan dengan bersemangat untuk meneruskan misi tiga mata,” katanya semalam.

Rezal turut memaklumkan masalah kecederaan yang dialami sudah berkurangan dan barisan pemain TRW dilihat mampu memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

Katanya, semua pasukan yang bertandang ke  SSMIV pasti akan memberikan tentangan luar biasa kepada TRW terutamanya di penghujung liga apabila setiap pasukan memcari kemenangan.

“Mereka tahu aura stadium ini dan saya yakin pemain-pemain saya akan memberikan yang terbaik ketika menentang Selangor II nanti.

“Saya harap kedua-dua pasukan mampu memberikan persembahan berkualiti dan tidak menghampakan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di stadium,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN