PTSR disaran rombak jadual, berlangsung lebih panjang

PTSR disaran rombak jadual, berlangsung lebih panjang

NEGERI Sembilan muncul naib juara Piala Tun Sharifah Rodziah selepas tumpas kepada Melaka dalam perlawanan akhir di Cheras kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Kejohanan bola sepak tempatan wanita tempatan berprestij, Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) yang melabuhkan tirai­nya kelmarin berlangsung dengan tempoh amat singkat.

Sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian pada edisi ke 33 kejohanan yang menyaksikan mereka mengharungi jadual padat untuk peringkat kumpulan (tiga hari), disusuli aksi kalah mati untuk tiga hari berikutnya.

Jadual tersebut memberi kesan kepada prestasi pemain yang keletihan, dan ia jelas kelihatan ketika perlawanan akhir membabitkan Melaka United dan Negeri Sembilan kelmarin.

MALINI NORDIN

Justeru terdapat saranan untuk pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula  jadual kejohanan agar dapat dipanjangkan tempoh saingan.

“Saya setuju kalau dipanjangkan piala ini macam kejohanan lelaki tetapi usaha ini sudah lama lagi hendak dilakukan, cuma masalah bukan daripada pihak FAM tetapi persatuan negeri yang tak mahu keluar.

“Maksudnya mereka tidak anggap kejohanan ini ada keuntungan, mereka takut untuk keluarkan bajet untuk wanita, kami pun sama, nampak gah di luar tetapi orang tidak tahu dalaman, namun kami tetap berjuang sebab mahu buktikan kami bukan pasukan belasahan,” jelas ketua pasukan Negeri Sembilan, Malini Nordin yang kecewa apabila pasukannya tewas tipis 1-0 kepada Melaka United dalam masa tambahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya