Perancis tumbang, namun elak terhumban ke Liga B

Perancis tumbang, namun elak terhumban ke Liga B

REAKSI Kylian Mbappe selepas Perancis kalah kepada Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara di Copenhagen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN, Denmark: Juara bertahan, Perancis mengelak daripada tersingkir ke Liga B musim depan biarpun kalah mengejut 2-0 kepada Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara hari ini.

Denmark bagaimanapun terlepas slot ke pusingan akhir selepas Croatia mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan 1 dengan menumpaskan Austria 3-1.

Kemenangan Croatia itu menyelamatkan Perancis daripada tersungkir ke Liga B dengan menamatkan saingan kumpulan di tangga ketiga, satu mata mengatasi Austria.

PEMAIN Croatia meraikan kejayaan menumpaskan Austria di Vienna untuk layak ke pusingan akhir selaku juara Kumpulan 1. – AFP

Denmark pula terpaksa berpuas hati di tangga kedua biarpun sudah melakukan segala-galanya yang termampu di depan ribuan penyokong sendiri untuk mencari tiket ke pusingan akhir.

Jaringan Kasper Dolberg dan Andreas Skov Olsen pada babak pertama menceritakan kesungguhan mereka untuk memburu kemenangan di Copenhagen.

Juara dunia, Perancis yang menewaskan Sepanyol 2-1 dalam final Liga Negara-Negara tahun lalu kini mengharungi empat perlawanan terakhir tanpa kemenangan, sesuatu yang amat meresahkan peminat mereka dua bulan menjelag Piala Dunia 2022.

PEMAIN Denmark meraikan kemenangan ke atas Perancis di Copenhagen. – AFP

Bintang penyerang Perancis, Kylian Mbappe memiliki beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan, termasuk percubaannya yang memaksa penjaga gol lawan, Kasper Schmeichel berhempas pulas di awal permainan di Stadium Parken.

Christian Eriksen memainkan peranan penting ketika Denmark mula melancarkan lebih banyak ancaman dan bintang Manchester United itu memulakan gerakan untuk gol pembukaan mereka apabila melorong bola kepada Mikkel Damsgaard yang kemudian menghantarnya kepada Dolberg untuk disudahkan.

Penjaga gol Perancis, Alphonse Areola pada mulanya berjaya mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dengan menyelamatkan percubaan Joakim Maehle dan Thomas Delaney, namun tiada apa yang mampu dilakukan untuk menepis voli cantik Skov Olsen dari tepi kotak penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya