Perak FC nak tanah kenalah mohon - MB

Perak FC nak tanah kenalah mohon – MB

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seperti pihak lain jika berhasrat mendirikan stadium dan pusat latihan sendiri di Chepor.

Memandangkan ramai yang turut memohon tanah daripada kerajaan negeri, Bos Gaurus tidak akan diberi layanan ­istimewa dan perlu menunggu giliran mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sehingga kini kerajaan negeri belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kelab tersebut untuk dipertimbangkan.

“Saya belum dapat permohonan itu. Dia (Perak FC) hantar kepada siapa? Mereka kena hantar kepada Pejabat Tanah.

“Katakan permohonan tanah itu di Chepor, maka kena hantar kepada Pejabat Tanah Manjoi dan permohonan itu akan diproses,” katanya selepas Penutupan Pertandingan Pidato Perak Sejahtera 2030 Piala Menteri Besar Perak di sini semalam.

ABDUL AZIM MOHD. ZABIDI

Menurut Saarani, Perak FC akan melalui proses sama seperti mana permohonan pemilikan tanah kerajaan yang lain.

“Orang yang mohon tanah ada ramai, ada nak buat stadium, padang bola, kuil, bangunan sekolah dan macam-macam lagi dan untuk permohonan ­Perak FC ini, kita layan seperti mana permohonan biasalah, tak boleh minta hari ini, esok nak dapat, itu tak boleh.

“Seperti mana kebiasaan, PTG perlu membuat semakan dan perincian bersama jabatan teknikal lain bagi memastikan tanah dimaksudkan benar-benar kosong dan sesuai.

“Jika semua jabatan tiada halangan, syor pemilikan akan dibawa PTG ke dalam mesyuarat Exco. Kalau PTG kata boleh diluluskan, maka mesyuarat Exco akan luluskanlah,” katanya.

Sebelum ini, Perak FC me­nyatakan hasrat untuk memiliki sebuah stadium dan pusat latihan sendiri bagi menyediakan prasarana terbaik kepada pemainnya sebagai usaha membawa kembali pasukan itu ke puncak kegemilangan.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, terdapat tanah kosong di sekeliling pusat latihan pasukan di Chepor di sini yang dilihat sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat latihan baharu selain hotel, pusat fisioterapi, gimnasium dan kemudahan lain yang diperlukan pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.