Pemain terbaik TRW malam ini dapat hadiah tanah

Pemain terbaik TRW malam ini dapat hadiah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hadiah istimewa tanah lot banglo bakal menjadi milik pemain terbaik Kelantan FC sekiranya pasukan itu menumpaskan Kelantan United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Selain pemain terbaik, pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman juga akan memberi bonus kepada pemain lain sekiranya berjaya membawa pasukan itu meraih tiga mata.

“Insya-Allah, saya berikan bonus pada semua pemain juga kalau menang malam ini. (Hadiah) tanah ini untuk yang terbaik, tak kiralah siapa asal saya rasa terbaik.

“Keputusan saya muktamad. Ini hadiah, jangan banyak songel nak lebih-lebih. Syukurlah dapat…Kang tak bagi langsung kang.

“Dalam satu kelas tak semua terbaik, dalam satu sekolah kita berikan hadiah pada yang cemerlang. Ini tanah peribadi saya untuk pemain saya.

“Terpulang siapa saya nak bagi. Kalau banyak bunyi lepas ini saya tak mahu bagi bonus,” tulisnya di Facebook miliknya, hari ini.

Kelantan dibezakan tiga mata daripada pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dengan impian TRW untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana musim ini seakan sudah tertutup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya