Messi mungkin kembali ke Camp Nou

Messi mungkin kembali ke Camp Nou

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Timbalan Pre­si­den Barcelona, Eduard Romeu mendedahkan kebarangkalian Lionel Messi untuk pulang semula ke kelab tersebut musim depan adalah cerah.

Kontrak Messi, 35, bersama gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) bakal tamat hujung musim ini, dan Barcelona berpeluang mendapatkan semula ayam tambatan mereka itu secara percuma.

Messi terpaksa meninggalkan Barcelona pada 2021 selepas kelab Catalan itu tidak mampu memperbaharui kontraknya, dan dalam masa yang sama, mereka telah dikenakan sekatan perbelanjaan oleh La Liga.

“Daripada segi kewangan, tidak mustahil untuk melihat kepulangan Messi semula ke kelab ini memandangkan dia bakal menjadi ejen bebas.

“Bagaimanapun keputusan ini hanya boleh dibuat oleh pihak kejurulatihan pasukan dan pemain. Saya tidak boleh menentukan keputusan ini sepenuhnya,” kata Romeu.

LIONEL Messi (kanan) tidak begitu gembira di PSG biarpun bergandingan dengan bintang Perancis seperti Kylian Mbappe.

Sebelum ini presiden Barcelona, Joan Laporta turur pernah memberi bayangan bahawa jodoh Messi bersama kelab itu masih belum tamat.

Sumber rapat Messi mengatakan pemain kini sedang me­numpukan sepenuh perhatian terhadap persediaan Piala Dunia bersama skuad Argentina di ­Qatar, November depan.

Penghijrahan Messi menyaksikan Barcelona dapat menjana keuntungan dan meningkatkan aset pasukan kepada 700 juta euro (RM3.1 bilion) yang ­menyaksikan mereka berjaya mendapatkan Robert Lewandowski, Jules Kounde dan Raphina.

ROBERT Lewandowski kini bintang baharu Barcelona.

Walaupun Barcelona kini sudah berupaya mendapatkan beberapa bintang untuk membarisi pasukan itu, serta mampu menggaji Messi semula, Romeu menjelaskan keadaan kewa­ngan pasukan masih belum pulih sepenuhnya.

“Bukan mahu mendabik dada, kami berjaya menyelamatkan Barcelona, tetapi kewangan kami masih belum pulih sepenuhnya.

“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan, dan saya menjangkakan kewangan pasukan ini akan pulih sepenuh­nya dalam tempoh lima tahun lagi, dan menjelang musim 2024/2025 kita akan kembali ke tahap yang sepatutnya,” tambah Romeu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya