‘Maaf, silap saya Terengganu kalah’

‘Maaf, silap saya Terengganu kalah’

RAHADIAZLI Rahalim tidak dapat menyembunyikan kekecewaan ketika Terengganu FC tumpas kepada JDT. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Selepas tiga hari berlalu sejak kekalahan Terengganu FC kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala FA, Rahadiazli Rahalim akhirnya meminta maaf kerana gagal membawa kejuaraan buat Sang Penyu.

Penjaga gol muda berusia 21 tahun itu mengakui, kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan tersebut menyebabkan mereka terpaksa membayar harga tinggi apabila tumpas 1-3 kepada Harimau Selatan.

“Saya mengakui kesilapan melepaskan dua gol mudah iaitu gol kedua JDT (sepakan penalti) dan gol ketiga dengan tindakan melulu keluar meninggalkan posisi.

“Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kerana kesilapan itu membuatkan TFC gagal membawa pulang trofi Piala FA ke bumi Terengganu selepas 11 tahun menanti.

“Jurulatih juga memberi nasihat agar melupakan mimpi buruk itu dan saya berazam membaiki prestasi serta bangkit membantu pasukan TFC,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

PEMAIN JDT, Mohamadou Sumareh (kiri) mengasak penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim dalam final Piala FA di Bukit Jalil, Sabtu lalu. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Menurut Rahadiazli, final di Stadium Nasional Bukit Jalil itu memberi pengajaran besar buatnya dan akan digunakan untuk memperbaiki persembahan pada masa hadapan.

Kini misi Rahadiazli hanya satu, kembali bangkit selepas tersenarai dalam 25 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ke Thailand, minggu depan.

Katanya, dia berharap dapat mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama bertemu Penang FC malam ini bagi menebus kehampaan mereka.

RAHADIAZLI meneruskan latihan bersama pasukan untuk menghadapi baki saingan Liga Super. – IHSAN TERENGGANU FC

Katanya, TFC mahu bangkit dan kembali ke landasan kemenangan untuk merebut kedudukan terbaik dalam Liga Super yang berbaki lima perlawanan dalam misi meraih slot automatik ke Piala AFC 2023.

“Selain rakan-sepasukan dan jurulatih, penyokong TFC juga banyak memberi kata-kata semangat untuk kami bangun semula dalam baki saingan musim ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya