Liverpool punca prestasi Mane merosot ?

Liverpool punca prestasi Mane merosot ?

SADIO Mane menumbuk Leroy Sane selepas Bayern Munich kalah 3-0 kepada Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Seperti mana bekas rakan-rakannya di Liverpool yang sedang melalui fasa ke­merosotan, Sadio Mane turut mengalami kesan daripada musim lalu yang amat melelahkan buat Reds.

Sama ada perpindahan Mane, 30, ke Bayern dengan nilai 35.1 juta pound (RM160 juta) memberi kesan kepada Liverpool menjadi perdebatan dalam kalangan penyokong mereka.

Ketika tiba di Bayern, Mane meledak lima gol dalam lima perlawanan pertama, termasuk ketika menentang RB Leipzig pada Piala Super Jerman.

Bagaimanapun kini, dia mengharungi lima aksi terakhir tanpa jaringan dan kelihatan ‘lelah’, situasi sama yang dilalui rakan-rakan lamanya di Anfield.

SADIO Mane bersama Piala Super Jerman selepas membantu Bayern Munich menumpaskan RB Leipzig 5-3.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann mengakui, kesan kehidupan di Liverpool menyebabkan bintang Senegal tersebut gagal mempamer ­taring sebenar sebagaimana dimahukan kelab.

“Dia mengeluarkan begitu banyak tenaga untuk Liverpool. Mane adalah pemain baharu kami dan dia masih mencuba, saya pasti dia akan berjaya untuk pasukan,” katanya.

Gandingan Mane bersama Mohamed Salah amat digeruni dan memberi impak buat Reds.

SADIO MANE

Mereka layak ke final dalam semua kejohanan yang disertai musim lalu, dari Liga Juara-Juara, Piala FA hingga Piala Liga, malah muncul naib juara Liga Perdana.

Itu meletakkan pemain keletihan memasuki musim baharu dan kini menghuni tangga ketujuh liga.
Mane amat bersema­ngat apabila menyertai Bayern tetapi dia juga mengalami ‘sindrom’ keletihan seperti rakan-rakan lamanya. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya