Liverpool mampu bangkit cabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris

Liverpool mampu bangkit cabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris

SAMI Hyppia (dua, kiri) pada majlis pembukaan rasmi kedai barangan premium Liverpool FC pertama di Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. di Shah Alam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketinggalan sembilan mata dengan Arsenal yang kini memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) bukanlah halangan besar buat Liverpool yang pernah berdepan situasi sama malah lebih teruk pada musim lalu.

Musim lalu Reds ketinggalan 19 mata kepada Manchester City sebelum anak-anak buah Jurgen Klopp itu memberi tekanan berterusan sehinggalah kejuaraan ditentukan pada aksi terakhir.

Bagi bekas pertahanan tinggi lampai Liverpool, Sami Hyypia percaya, Reds masih memiliki masa yang panjang untuk bangkit mencabar kejuaraan EPL, musim ini.

“Pasukan memerlukan masa untuk berada pada tahap terbaik dan kita mempunyai masa untuk pemain yang cedera kembali menyertai pasukan.

“Sekarang kita sembilan mata di belakang (pendahulu, Arsenal), apa sahaja boleh berlaku dan perjalanan liga musim ini masih jauh.

“Musim lalu kita ketinggalan jauh dengan Manchester City tetapi berjaya memberi tekanan sehinggalah perlawanan terakhir,” katanya pada majlis pembukaan rasmi kedai barangan premium Liverpool FC (LFC) pertama di Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports di sini, hari ini.

LIVERPOOL tidak mengharungi musim yang baik ketika ini dan menghuni tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris.

 

Dalam perkembangan sama, Hypia yang bersama Liverpool sejak 1999 hingga 2009 mengakui penghijrahan Sadio Mane ke Bayern Munich musim ini memberi kesan kepada skuad Klopp yang turut berdepan krisis kecederaan pemain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla menjangkakan ‘LFC Brand Store’ itu bakal menjadi hub utama untuk penyokong kelab itu mendapatkan koleksi premium LFC.

“Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Klang,” katanya.

Selain barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk penyokong kelab berkenaan. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya