Kalah lagi kepada Itali, England sedia 'dikecam' penyokong

Kalah lagi kepada Itali, England sedia ‘dikecam’ penyokong

HARRY MAGUIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Gareth Southgate sedia menerima sebarang kritikan selepas England tumpas sekali lagi kepada juara Eropah, Itali, sekali gus tersingkir dari divisyen utama Liga Negara-Negara awal pagi tadi.

Kekalahan 1-0 di San Siro menyebabkan skuad The Three Lions tidak mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan Kumpulan 3.

England menghuni tangga tercorot dengan hanya mengutip dua mata, jauh ditinggalkan Hungary yang mengungguli kumpulan, diikuti Itali dan Jerman.

Anak-anak buah Southgate yang hanya menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu kemudian diejek penyokong di Milan, dan lebih memalukan mereka akan bersaing dalam Liga B musim depan.

“Sangat sukar untuk menjelaskan mengapa kami tidak menjaringkan gol kerana saya rasa kami sudah berada di kawasan yang betul.

“Kami mendapat beberapa peluang tetapi gagal menghasilkan penyudah berkualiti malam ini.

“Saya faham dengan reaksi penyokong kerana keputusan yang kami terima dalam kejohanan ini dan saya faham dengan emosi yang ditunjukkan,” kata Southgate.

PEMAIN tengah Itali, Giacomo Raspadori meledak gol kemenangan pasukannya ketika menumpaskan England. – AFP

Prestasi hambar England, terutama jentera serangan yang dilihat tidak menyerlah dalam permainan terbuka, menimbulkan kebimbangan mengenai persediaan mereka untuk menghadapi Piala Dunia di Qatar, hujung tahun ini.

Kata Southgate, dia tidak hilang semangat biarpun England bukan sekadar gagal menjaringkan gol tetapi bergelut untuk mencipta peluang walaupun memiliki penyerang berbakat seperti Harry Kane, Phil Foden dan Raheem Sterling.


REAKSI pemain tengah England, Jude Bellingham (tengah) selepas gagal menyudahkan peluang.

“Ia sukar buat saya melihat persembahan kami, kami lebih banyak mengawal bola, lebih banyak cubaan, banyak cubaan ke gol, saya rasa dalam sebahagian besar aksi kami bermain baik.

“Kami tidak menangani saat yang penting secara bertahan dan kami ada peluang untuk lebih menyerang pada penghujung tetapi kualiti kami tidak berapa bagus malam ini,” katanya.

Jaringan Giacomo Raspadori pada minit ke-68 membolehkan Itali menumpaskan England sekali lagi selepas turut mengecewakan pasukan itu dalam final Kejohanan Euro (Euro) tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya