Kacang panggang, kek Jaffa ‘formula’ Piala Dunia England

Kacang panggang, kek Jaffa ‘formula’ Piala Dunia England

KACANG panggang dan kek Jaffa antara menu wajib skuad England sepanjang Piala Dunia 2022 kerana ia boleh membuatkan pemain merasa selesa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate sudah me­nemukan ‘formula’ untuk memastikan pasukannya berada pada tahap terbaik sepanjang Piala Dunia 2022 di Qatar dari 20 November hingga 18 Disember.

Tatkala pasukan lain menumpukan kepada latihan dan aksi persahabatan, England membuat persediaan rapi di luar padang melibatkan menu serta diet pemain.

Skuad Three Lions yang akan menginap di hotel lima bintang, Souq Al Wakra diberi senarai panjang menu kegemaran setiap pemain, antaranya ratusan tin kacang panggang, wain putih dan mustard yang diletak dalam senarai wajib.

“Menu mereka diuruskan seperti operasi ketenteraan yang memakan masa berbulan untuk proses perancangan.

“Kami harus memastikan hotel mempunyai semua bahan yang diperlukan. Keadaan amat sukar ketika kami beraksi di Russia empat tahun lalu sehinggakan terpaksa membawa uncang teh sendiri.

“Keadaan di Qatar dijangka lebih baik kerana mereka dapat menyediakan bahan yang kami mahu seperti teh Yorkshire dan PG Tips serta coklat kegemaran pemain.

“Southgate dan pasukan akan berada di sana selama sebulan, jadi semua menu ini wajib disediakan untuk membuatkan pemain ‘seronok’ serta selesa.

“Ia mungkin kedengaran ­seperti tidak masuk akal tetapi kacang panggang dan kek Jaffa antara yang wajib disediakan,” kata sumber dalaman pasukan.

Tidak cukup dengan itu, pegawai perubatan dan pemakanan England juga memesan ratusan paket gel protein dan minuman isotonik, selain krim pelindung matahari.

Selain itu, pihak hotel juga akan mengupah 40 pekerja ­baharu bagi memberikan per­khidmatan dan layanan terbaik kepada barisan pemain dan ­pasukan England sepanjang kempen mereka di Piala Dunia nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN