Jin Wei ketuai 10 wakil Malaysia ke separuh akhir Terbuka Vietnam

Jin Wei ketuai 10 wakil Malaysia ke separuh akhir Terbuka Vietnam

GOH JIN WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei mengetuai cabaran 10 pemain negara ke separuh akhir badminton Terbuka Vietnam  di Stadium Nguyen Du, Ho Chi Minh hari ini.

Jin Wei unggul untuk menyerap tekanan apabila diheret sehingga tiga set oleh pemain tuan rumah, Vi Thi Anh Thu sebelum memastikan kemenangan  9-21, 21-10, 21-7.

Bagaimanapun Jin Wei perlu sekali lagi berdepan wakil tuan rumah esok di peringkat separuh akhir setelah Tran Thi Phuong Thuy mencipta kejutan dengan menyingkirkan pemain negara, S. Kisona dengan keputusan 19-21, 7-21.

Dalam acara perseorangan lelaki, hanya kelibat pemain profesional, Cheam Jun Wei lolos setelah berhempas pulas menumpaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 22-20, 27-25, 22-20 dalam tempoh 81 minit.

Dua lagi wakil negara, Lee Shun Yang-Ong Ken Yon masing-masing tunduk kepada pemain China, Sun Fei Xiang dan Weng Hong Yang.

AKSI Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri pada Terbuka Vietnam.

Bagi acara beregu lelaki pula, pertemuan sesama Malaysia berpihak kepada pasangan muda, Wan Arif Junaidi-Haikal Nazri apabila berjaya mengatasi pemain senior, Goh V Shem-Lim Khim Wah 21-17, 19-21, 21-14.

Cabaran bakal menjadi sengit apabila pasangan yang diberikan jolokan “Patatimo Boys” itu bakal berdepan pilihan kedua kejohanan, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dari China esok setelah mereka berjaya menyekat perjalanan satu lagi wakil negara, Low Juan Shen-Nur Azryin Ayub dengan keputusan 21-10, 19-21, 21-19.

Juan Shen yang turut beraksi dalam acara beregu campuran bersama Goh Liu Ying juga terpaksa berputih mata apabila terkandas di tangan pasangan Indonesia, Zachariah Josiahno Sumanti-Hediana Julimarbela 18-21, 9-21.

Justeru hanya tiga wakil sahaja yang bakal meneruskan cabaran Malaysia esok di peringkat separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya