JDT II juara Liga Perdana 2022

JDT II juara Liga Perdana 2022

JDT II dinobat sebagai juara Liga Perdana selepas menumpaskan Selangor II. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Johor Darul Ta’zim (JDT) II dinobatkan juara Liga Perdana buat kali pertama selepas menewaskan Selangor II 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium UiTM, sebentar tadi.

Gol tunggal Daryl Sham George di awal separuh masa kedua memastikan kemenangan buat skuad bimbingan Mariano Echeverria.

Penyerang JDT II, Hazwan Bakri hampir meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke 12, namun sepakannya sedikit tersasar sekali gus memberi kelegaan kepada tuan rumah.

Selangor II yang dibimbing Rusdi Suparman yang lebih banyak bertahan cuba mengatur serangan, namun penyudah tumpul  menyaksikan separuh masa pertama berkesudahan tanpa sebarang jaringan.

Memasuki babak kedua, JDT II tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila Daryl Sham menanduk  gol tunggal perlawanan pada minit 49 hasil sepakan sudut untuk kedudukan 1-0.

 

Tuan rumah yang semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan melakukan sekurang-kurangnya tiga tukaran pemain untuk memperkuatkan lagi jentera serangan.

Peluang terbaik Selangor II untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit 85 menerusi Haiqal Haqeemi Hairi namun sepakannya lemah sekali gus gagal menewaskan penjaga gol JDT II, Izham Tarmizi sehingga tamat masa perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan JDT II mengakhiri saingan Liga Perdana sebagai juara apabila merekodkan 13 kemenangan, tiga kali tewas dan dua kali seri untuk mengutip 42 mata. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya