Harimau Malaya ke Chiang Mai bukan untuk bercuti

Harimau Malaya ke Chiang Mai bukan untuk bercuti

PEMAIN Harimau Malaya ketika menjalani latihan di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya perlu beraksi dalam Piala Raja Thailand 2022 di Chiang Mai dengan mentaliti memburu kejuaraan, bukannya atas tiket percutian.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, walaupun hanya turun untuk dua perlawanan, skuad bimbingan Kim Pan Gon perlu memberi segala yang termampu bagi melakar kemenangan.

“Kita selalu bercakap perlu lawan yang lebih tinggi untuk menaikkan ranking, jadi inilah peluang yang perlu dimanfaatkan skuad kebangsaan.

“Jadi di sinilah kita akan lihat kemampuan Harimau Malaya berada di tahap mana, jangan anggap perjalanan ke Chiang Mai ini sebagai satu percutian tetapi hadir dengan keyakinan tinggi untuk bergelar juara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Katanya, Pan Gon perlu memberi peluang kepada barisan pemain yang dibawa dan bukan sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Berdasarkan senarai pemain yang dibawa, saya lihat ada beberapa pemain muda baharu, ia perkembangan positif, mungkin Pan Gon ingin memberikan peluang dan mencuba taktikal baharu.

“Walaupun hanya dua perlawanan bagi saya jika seseorang pemain ini bagus dan berkualiti dia mampu menonjolkan kemampuan yang ada pada dirinya.

“Sudah pasti kita mahu kemenangan tetapi seandainya tewas, biarlah peminat berpuas hati dengan corak permainan dipamerkan Harimau Malaya,” tegasnya.

Malaysia akan berdepan Thai­land yang menghuni ­ranking ke-111 dunia pada aksi pertama esok.

Harimau Malaya kemudian berdepan sama ada Trinidad & Tobago (101 dunia) atau ­Tajikistan (109) pada aksi ­kedua, Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya