Haaland yakin mampu ledak hatrik ketiga hari ini

Haaland yakin mampu ledak hatrik ketiga hari ini

ERLING Haaland meledak dua gol buat Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola mendedahkan, ‘mesin gol’ Manchester City, Erling Haaland yakin dia boleh memahat sejarah Liga Perdana Inggeris dengan meledak satu lagi hatrik dalam perlawanan ketiga berturut-turut apabila menentang Aston Villa awal hari ini (12.30 pagi esok waktu Malaysia).

Haaland, 22, dalam misi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana yang menjaringkan hatrik tiga kali berturut-turut selepas melakukannya pada pertemuan menentang Crystal Palace dan Nottingham Forest.

Pemain terakhir yang menjaringkan hatrik tiga kali berturut-turut dalam liga utama ialah penyerang Liverpool, Jack Balmer pada 1946.

“Orang ramai boleh menjangkakan perkara itu daripadanya, ia sangat bagus, baik.

Haaland yakin mampu ledak hatrik ketiga berturut-turut.

“Saya suka dia mahu menjaringkan tiga gol setiap perlawanan tetapi ini tidak akan berlaku. Saya tahu ia tidak akan berlaku, semua orang dalam dunia bola sepak tahu ia tidak akan berlaku.

“Kalau ia tidak berlaku tidak mengapa. Apa seterusnya? Kami akan cuba melakukannya dengan lebih baik pada masa akan datang. Tetapi pengharapan itu tetap ada kerana jumlah (gol) yang telah dihasilkan lelaki ini dalam kerjayanya sangat luar biasa,” kata Guardiola.

Walaupun telah diberi amaran mengenai Haaland mampu meledak gol dalam setiap perlawanan, namun Guardiola menjangkakan pemain itu akan menjadi benar-benar bahaya apabila lebih lama bersama pasukan baharunya.

“Ia mengambil masa. Dia tahu mengenai ruang itu, di mana ada ada ruang dia boleh jatuh.

“Kami mahu dia bermain lebih lama di sana, menghasilkan lebih banyak gol, membuatkan dia berasa selesa menggunakan senjatanya yang luar biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN