EPL paling ramai pemain ‘sakit’

EPL paling ramai pemain ‘sakit’

KELAB Liga Perdana Inggeris mencatat jumlah kecederaan pemain tertinggi di Eropah meningkat kepada 1,231 pada 2021-2022 berbanding 938 pada musim sebelumnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) mencatat jumlah kecede­raan tertinggi daripada lima liga utama Eropah musim lalu.

Kecederaan pemain dalam liga utama England itu meningkat kepada 1,231 pada 2021-2022 berbanding 938 pada musim sebelumnya.

Menerusi penyelidikan yang dijalankan oleh broker insurans antarabangsa Howden, Chelsea mencatat 97 kecederaan, diikuti Manchester United 81 dan ­Liverpool yang mara ke final dalam setiap pertandingan yang disertai musim lalu dengan 80.

Masalah kecederaan menyebabkan kelab EPL menanggung beban kewangan 184.57 juta pound (RM924.47), diikuti La Liga di Sepanyol 109.34 juta pound (RM547.66 juta).

United mencatat kos kecede­raan 26.72 juta pound (RM133.83 juta), menyumbang kepada 14.5 peratus daripada jumlah kos kecederaan EPL keseluruhan.

Juara Liga Perancis, Paris Saint Germain (PSG) mencatat kos kecederaan tertinggi berbanding mana-mana kelab di Eropah iaitu 34.22 juta pound (RM171.40 juta), termasuk melibatkan tiga bintang mereka ­Kylian Mbappe, Neymar dan ­Lionel Messi.

Pengarah Sukan Howden, James Burrows berkata, gergasi bola sepak Eropah tidak boleh keluar daripada isu beban ­kecederaan, apatah liga benua itu dijangka berkembang bermula musim 2024-2025 dengan melibatkan 64 tambahan perlawanan dalam Liga Juara-Juara.

“Berurusan dengan risiko akan melibatkan lebih banyak penggiliran pemain dan berpotensi mendorong kelab melakukan penyelarasan daripada segi berapa minit permainan harus diberikan kepada setiap pemain.

“Kita juga mungkin melihat kecenderungan menggunakan pemain lebih muda memandang­kan mereka ­biasanya lebih tahan terhadap kecederaan dan pulih lebih cepat,” kata Burrows.

Kelab EPL sebulat suara mahu lembaga pengarah liga meminta Persatuan Bola Sepak (FA) membatalkan aksi ulangan pusingan ketiga dan keempat Piala FA.

Enam pasukan utama mahu kelab yang bersaing di Eropah dibenarkan keluar dari Piala Liga atau menghantar pasukan bawah 21 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.