England diejek, penyokong desak Southate dipecat

England diejek, penyokong desak Southate dipecat

GARETH Gareth Southgate menenangkan Harry Kane selepas England kalah kepada Itali semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Pasukan England diejek penyokong sendiri dan desakan agar Gareth Southgate dipecat semakin kuat kedengaran selepas Three Lions tumpas 1-0 kepada Itali semalam, sekali gus terhumban ke divisyen dua Liga Negara-Negara Eropah.

Ini kali pertama England disingkirkan dari Liga A sejak kejohanan diperkenalkan pada 2018, namun apa yang lebih membimbangkan penyokong adalah sejauh mana kemampuan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia 2022 yang bermula di Qatar pada 20 November ini.

Selepas beraksi hambar pada babak pertama, Itali memecah kebuntuan dengan meledak gol kemenangan menerusi rembatan cantik pemain tengah, Giacomo Raspadori pada minit ke-68.

Tersentak dengan jaringan itu, Southgate melakukan dua pertukaran, namun tiada apa yang mampu dilakukan untuk merubah keadaan dan Three Lions kini menduduki tangga tercorot Kumpulan 3 tanpa sebarang kemenangan daripada lima perlawanan.

FAKTA MENARIK

#0      Buat kali pertama sejak 2014, England gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan.

#0      England gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir.

#0     England salah satu daripada hanya dua negara yang gagal menjaringkan gol padang (selain penalti) dalam kempen Liga Negara-Negara 2022/2023. Satu lagi negara San Marino.

 

PERTAHANAN England, Harry Maguire kecewa selepas pasukannya tumpas kepada Itali dalam saingan Liga Negara-Negara di Stadium San Siro, Milan. – AFP

Sekalipun menewaskan Jerman dalam perlawanan terakhir esok, England tetap menutup kempen di dasar liga, keputusan yang sukar diterima oleh penyokong mereka.

Penyokong yang hadir di Stadium San Siro mengejek pemain sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, namun Southgate tidak melatah dengan situasi itu, sebaliknya hanya menjawab: “Reaksi mereka boleh difahami.”

Ramai peminat menggunakan media sosial untuk ‘menyerang’ pasukan, malah kempen agar Southgate dipecat turut dilancarkan, dua bulan menjelang Piala Dunia 2022.

“Kedegilan Southgate merosakkan pasukan ini dan ‘menyedut’ semua keyakinan pemain,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Memalukan,” tulis seorang lagi peminat.

“Wah, wow, bawa dia keluar sekarang!” kata penyokong yang lain.

England gagal menjaringkan gol padang dalam semua lima perlawanan terakhir, malah buat kali pertama sejak lapan tahun, mereka mengharungi lima saingan berturut-turut tanpa kemenangan.

“Sudah tentu saya sangat kecewa. Kami mahu menang dalam setiap kejohanan yang disertai.

“Dalam Liga Negara-Negara, kami mempamer prestasi jauh daripada standard sebenar tetapi saya tidak fikir persembahan kami malam ini terlalu buruk,” kata pemain tengah, Declan Rice kepada Channel 4.

Bekas pemain antarabangsa England, Joe Cole mempersoalkan pemilihan kesebelasan utama yang dilakukan Southgate dan menyeru pasukan agar lebih berani jika tidak mahu ditimpa nasib buruk pada Piala Dunia.

REAKSI pemain tengah England, Jude Bellingham (tengah) selepas gagal menyudahkan peluang.

England akan memulakan kempen Kumpulan B dengan menentang gergasi Asia, Iran pada 21 November, diikuti Amerika Syarikat (25 November) dan Wales dalam aksi terakhir pada 29 November.

Southgate meletakkan Harry Maguire untuk mengetuai tiga pertahanan Three Lions, sedangkan pemain berusia 29 tahun itu gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Manchester United kerana isu prestasi.

“Ia keputusan besar yang dilakukan Gareth. Dia masih menunjukkan keyakinan kepada pasukan yang sudah dibina sebelum ini biarpun mereka tidak bermain bagus untuk kelab masing-masing,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya