Diam tanda setuju?

Diam tanda setuju?

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diam tandanya setuju?

Mungkin itu maksud sebenar di sebalik kenyataan ‘tiada sebarang komen’ daripada Tan Cheng Hoe yang ketika ini dikaitkan bakal membimbing Selangor FC.

Tidak menafikan mahupun mengiyakan, bekas pengendali Harimau Malaya itu sebaliknya enggan membuka mulut apabila diajukan soalan mengenai kebenaran dakwaan tersebut.

“Tunggu pengesahan dulu baru boleh beri komen,” itulah jawapan ringkas dari Cheng Hoen ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Cheng Hoe yang pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 kini sedia membuka ‘pintu’ buat mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmatnya.

Pengendali berusia 54 tahun itu pernah membimbing Kedah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjuarai trofi Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Cheng Hoe dianggap antara jurulatih berpengaruh di Malaysia selepas menjadi pe­ngendali Harimau Malaya sejak 2018 sebelum meletakkan jawatan awal tahun ini ekoran prestasi hambar pada kempen Piala AFF 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya