City hantar fisioterapi dalam skuad Norway untuk pantau Haaland

City hantar fisioterapi dalam skuad Norway untuk pantau Haaland

MANCHESTER City mendatangkan fisioterapi khas untuk memantau Erling Haaland ketika menyarung jersi Norway.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City menghantar fisioterapi, Mario Pafundi ke kem latihan Norway untuk mengawasi Erling Haa­land.

Juara Liga Perdana Inggeris itu gembira dengan permulaan cemerlang Haaland pada awal musim apabila dia meledak 14 gol dalam sembilan perlawanan pertamanya.

Bagaimanapun, mereka sedar penyerang berusia 22 tahun yang dibeli pada harga 51.4 juta pound (RM267.32 juta) me­ngalami kecederaan teruk pada penghujung musim ketika bersama Borussia Dortmund.

City mahu memastikan Haaland meneruskan rutin latihan yang dijalani sepanjang enam minggu di Etihad apabila menyertai skuad kebangsaan.

Pengurus Norway, Stale ­Solbakken bagaimanapun menafikan Pafundi akan ­bekerja secara eksklusif untuk ­Haaland, sebaliknya menegaskan dia bertindak sebagai fisio terapi ketiga.

ERLING Haaland (kanan) menjalani latihan bersama skuad Norway untuk aksi Liga Negara-Negara Eropah.

Bagaimanapun Solbakken mengakui, Pafundi dibawa masuk selepas disyorkan oleh Haaland untuk menghadapi perlawanan Liga Negara-Negara menentang Serbia dan Slovakia, hujung bulan ini.

Sumber di Manchester berkata, mereka berhasrat ­untuk berkongsi amalan yang telah berjaya dan membantu Haaland menampilkan prestasi terbaiknya di City bersama skuad kebangsaan Norway.

Katanya, City me­nguruskan Haaland dengan sangat berhati-hati sejak ­dia menyertai kelab Liga Perdana itu pada 10 Julai lalu dan setakat ini mereka telah mendapat faedah.

Ia masih belum diputuskan sama ada Pafundi akan me­nyertai Norway sekali lagi apabila pasukan itu kembal ke ke pentas kompetitif pada Mac tahun depan. Norway gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.

ERLING Haaland dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bagi bulan Ogos.

Pafundi mula bekerja buat City sejak Guardiola tiba pada 2016 dan kini menjadi ahli terapi sukan.

Sementara itu, Solbakken gembira dengan cara City mengendalikan Haaland sejak membelinya daripada Borussia Dortmund.

Guardiola sering menggantikannya di hujung permainan apabila mereka sudah di ambang kemenangan, kecuali Sabtu lalu apabila dia beraksi sepanjang 90 minit ketika bertemu Wolverhampton.

“Mereka telah menguruskannya dengan sangat baik. Saya agak bimbang dalam perlawanan Wolves.

“Dia berlari dan menjerit apabila tidak mendapat bola. Saya menjerit di depan ­televisyen, ‘tenang Erling’,” kata Solbakken. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya