Cheng Hoe atau Nafuzi  jurulatih Red Giants?

Cheng Hoe atau Nafuzi jurulatih Red Giants?

Cheng Hoe hampir pasti jadi jurulatih baharu Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) sudah menemui calon terbaik untuk menjadi pengendali baharu pasukan The Red Giants namun individu berkenaan hanya akan diumumkan secara rasmi pada Isnin depan.

“Beberapa calon jurulatih telah dikenalpasti dan dibuat penilaian bagi jawatan ketua jurulatih dan persetujuan dicapai untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkenaan.

“Segalanya berjalan lancar dan dia (jurulatih) berkenaan akan diperkenalkan secara rasmi, Isnin ini,” dedah sumber berkenaan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan beberapa nama dikaitkan bakal mengendalikan Selangor FC antaranya bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Tambah sumber berkenaan, saingan Piala Malaysia yang bakal berlangsung Oktober ini bukanlah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dibuktikan jurulatih tersebut.

“Bukan itu sasaran yang diletak ke atas dirinya, perlu bagi ruang dan peluang dia membuktikannya.

“Tempoh berapa lama perjanjian dan sama ada muka baharu bakal dibawa masuk akan dimaklumkan dalam pengumuman rasmi itu.,” jelas sumber terbabit yang mengharapkan Selangor kembali garang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Turut dikaitkan membimbing skuad Merah Kuning adalah Nafuzi Zain yang ketika ini kedudukannya bersama Terengganu FC masih belum terjawab sama ada terus kekal di Kuala Terengganu mahupun berhijrah ke destinasi baharu.

Begitupun, Nafuzi sebelum ini menjelaskan akan terus bersama Terengganu sehingga berakhir saingan Piala Malaysia sebelum berhijrah dan destinasi seterusnya itu dikatakan ke Utara tanah air.

Ketika ini Selangor dibimbing Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih sementara bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Michael Feichtenbeiner yang kembali pada tugasnya sebagai Pengarah Sukan SFC selepas tidak lagi menjadi jurulatih pasukan utama.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya