Azroy raih kemenangan pertama dalam Superbike Malaysia

Azroy raih kemenangan pertama dalam Superbike Malaysia

AZROY Hakeem Anuar (tengah) meraikan kejayaan memenangi Perlumbaan 1 kelas MSBK 1000 mengetepikan Kasma Daniel Kasmayudin (kiri) kedua dan Azlan Shah Kamaruzaman ketiga pada pusingan kedua Kejuaraan Superbike Malaysia di Sepang hari ini. - IHSAN MSBK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keyakinan Azroy Hakeem Anuar untuk mengharungi dua lagi perlumbaan pada pusingan kedua Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2022 semakin meningkat selepas melakar kemenangan pertamanya tahun ini di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing itu memenangi Perlumbaan 1 dalam kelas MSBK 1000 selepas melengkapkan 10 pusingan dengan catatan terpantas 21 minit 37.503 saat (s).

Dia mengetepikan tentangan sengit dua pelumba berpengalaman, Kasma Daniel Kasmayudin dan Azlan Shah Kamaruzaman.

Kasma yang mewakili Yamaha Gen Blu Racing Team Asian menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 21:38.383s, manakala Azlan (Horizon Racing Team) melengkapkan podium ketiga menerusi catatan 21:39.552.

“Syukur dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat.

“Kemenangan ini di luar jangkaan saya tetapi satu perlumbaan yang sangat mengujakan. Saya mempunyai kelajuan lebih baik daripada Azlan dan cuba yang terbaik untuk kekal konsisten di setiap pusingan.

“Saya fikir di belakang saya adalah Kasma tetapi rupanya dia ‘tersangkut’ dengan Azlan. Jujurnya, ia sesuatu yang memenatkan kerana 10 pusingan perlumbaan terlalu panjang dan tangan saya mula terasa letih.

“Begitupun saya berjaya mengekalkan tunggangan baik dan menamatkan perlumbaan. Kami akan lihat bagaimana untuk perlumbaan esok pula,” kata Azroy.

Biarpun tidak meraih kemenangan pada Perlumbaan 1, Kasma masih mengungguli carta keseluruhan MSBK 1000 dengan 90 mata, sembilan mata mengatasi Azlan .

Ahmad Daniel Haiqal yang mengumpul 58 mata berada di tangga ketiga, namun kedudukan mampu berubah apabila Perlumbaan 2 dan Perlumbaan 3 diteruskan esok.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya