Apa pun terjadi, Potter tidak akan dipecat

Apa pun terjadi, Potter tidak akan dipecat

GRAHAM POTTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekalipun Chelsea gagal menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini, kedudukan pengurus baharu mereka, Graham Potter tidak akan terjas.

Itu jaminan yang diberikan pemilik Blues, Todd Boehly kerana Potter dilantik untuk projek jangka panjang selama lima tahun dengan kontrak bernilai 10 juta pound (RM52.18 juta) setahun.

Kenyataan Boehly itu amat mengejutkan penyokong Blues kerana berbanding era pemilikan Roman Abramovich, pengurus akan dipecat serta-merta jika pasukan bergelut untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik.

Blues ketika ini menghuni tangga keenam liga selepas bermula agak kelam-kabut dengan mencatat dua kekalahan, satu seri serta tiga kemenangan daripada enam perlawanan.

THOMAS Tuchel dibuang selepas Chelsea kalah dalam aksi sulung Liga Juara-Juara.

Kelegaan buat Potter apabila perlawanan liga minggu ini ditunda susulan United Kingdom berkabung di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, yang mana Chelsea sepatutnya bertemu Fulham semalam.

Ujian pertama Potter bersama Blues adalah menentang RB Salzburg dalam Liga Juara-Juara, Rabu ini, pentas yang tidak pernah dirasai oleh bekas pengendali Brighton itu.

Saingan kelab elit Eropah juga adalah punca pengurus terdahulu, Thomas Tuchel dipecat selepas kalah mengejut 1-0 kepada kelab Croatia, Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan Kumpulan E, Rabu lalu.

Chelsea hanya dua kali pernah terkeluar daripada kelompok empat terbaik liga dalam tempoh 10 lalu iaitu pada 2016 dan 2018. Akibatnya, kedua-dua pengurus mereka ketika itu dipecat.

Jose Mourinho dipecat pada Disember 2015 ketika kelab ber­ada dalam keadaan terumbang-ambing, manakala Antonio Conte disingkirkan tiga tahun kemudian.

Semalam, Potter, 46, menghabiskan seharian di pusat latihan kelab, Cobham untuk bertemu kakitangan pasukan serta pemain baharunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.