Thinaah, Pearly sumbang emas ketujuh Malaysia Birmingham 2022

Thinaah, Pearly sumbang emas ketujuh Malaysia di Birmingham 2022

M. THINAAH dan Pearly Tan meraikan kejayaan memenangi pingat emas beregu wanita Sukan Komanwel 2022 selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith di Birmingham. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham selepas menang mudah 21-5, 21-8 ke atas pasangan tuan rumah, Lauren Smith-Chloe Birch, sebentar tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadirkan emas ketujuh buat kontinjen negara, malah memastikan Malaysia terus menguasai saingan beregu wanita Sukan Komanwel sejak Vivian Hoo-Woon Khe Wei menang di Glasgow 2014, sebelum Vivian-Chow Mei Kuan mempertahankan gelaran di Gold Coast, empat tahun lalu.

Ini juga pingat emas beregu wanita kelima Malaysia dalam sejarah Komanwel sejak gandingan Ang Li Peng-Lim Pek Siah menang pada 2002, diikuti Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pada 2006.

Kejayaan Pearly dan Thinaah juga merawat duka apabila terdahulu Malaysia terlepas pingat emas dalam acara beregu lelaki dan campuran, selain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong juga kempunan untuk melakar kejutan.

Ini adalah emas kedua buat beregu No. 11 dunia itu di Birmingham selepas menghadiahkan mata kemenangan ketika membantu Malaysia mengalahkan India 3-1 dalam saingan berpasukan campuran, minggu lalu.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya