KOTA BHARU: Kelantan FC yang semakin hampir mendakap kejuaraan Liga Perdana musim ini enggan melakukan kesilapan yang mampu mengundang padah apabila menerima kunjungan Terengganu FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini esok.
Pengendali The Red Warriors (TRW), Rezal Zambery Yahya berkata, biarpun mendahului liga dengan lima mata ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II), namun kedudukan itu belum selamat, apatah lagi pesaing mereka memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Katanya, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan misi memburu kejuaraan mampu direalisasikan.

“Alhamdulillah, Kelantan FC mendapat rehat agak panjang selepas perlawanan menentang PDRM FC (Sabtu lalu).
“Harap ruang yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan bagi mengharungi baki tiga perlawanan musim ini,” katanya.
Menurut Rezal, beliau mahu seluruh ‘keluarga’ besar TRW bersatu hati untuk merealisasikan misi mendakap kejuaraan.
Beliau menuntut semua pemain menterjemahkan setiap peluang terhidang ke dalam bentuk jaringan bagi memastikan mereka melangkah keluar sebagai pemenang.
KEDUDUKAN LIGA PERDANA
“Saya juga berharap pemain-pemain yang dibelenggu kecederaan dapat segera pulih sebelum pasukan kendalian menerima kunjungan Terengganu FC II,” katanya.
“Saya juga berharap pemain-pemain yang dibelenggu kecederaan dapat segera pulih sebelum pasukan kendaliannya menerima kunjungan Terengganu FC II.
“Berdepan Terengganu FC II bukan satu tugas yang mudah. Namun kami perlu fokus dan memberikan aksi terbaik pada pertemuan itu nanti,” ujarnya.