Terengganu FC mahu rantai Caion

Terengganu FC mahu rantai Caion

TERENGGANU FC sudah bersedia menerima kunjungan Selangor dalam aksi separuh akhir Piala FA malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bek tengah Terengganu FC, Pape Diakite sedia merantai penyerang Selangor, Herlison Caion apabila kedua-dua pasukan berentap dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

Menurut tonggak kelahiran Senegal itu, Caion merupakan penyerang berkualiti dan dibuktikan dengan 11 jaringan dalam Liga Super musim ini.

Katanya, benteng pertahanan Penyu tidak boleh membiarkan penyerang Brazil itu bebas di dalam kawasan bahaya.

“Kami perlu ambil serius kelibat Caion dan seorang lagi pe­nyerang mereka, Hyuri Henrique yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan lawan jika diberi terlalu banyak ruang.

KELIBAT Herlison Caion (kanan) amat digeruni Terengganu apabila menentang Selangor pada separuh akhir Piala FA malam ini.

“Tetapi saya dan gandingan pertahanan, Shahrul Nizam Roshasni sudah serasi dan sedia mempertahankan kubu Terengganu daripada dibolosi.

“Tiada tekanan untuk kami dan pasukan ini akan cuba memberi aksi terbaik bagi memenuhi impian penyokong ­melangkah ke final,” katanya.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Mohd. Nafuzi Zain berkata, rekod bersih di laman sendiri musim ini tidak menjadikan perlawanan lebih mudah.

Katanya, Selangor serba lengkap di semua posisi dan memiliki kualiti menerusi gandingan penyerang, Caion dan Hyuri.

“Belum kalah di laman sendiri bukan bermaksud kami kebal atau sudah menjamin kemenangan.

“Apa yang pen­ting bagaimana kami melakukan persiapan dan peluang masih 50-50,” kata Nafuzi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya