Terengganu cicir mata lagi

Terengganu cicir mata lagi

PENJAGA gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (dua,kanan) menyelamatkan percubaan Terengganu FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC gagal bangkit daripada kekalahan 2-1 kepada Negeri Sembilan, Rabu lalu apabila diikat 1-1 oleh Petaling Jaya City (PJ City) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan Terengganu gagal membalas dendam atas kekalahan 3-0 kepada PJ City dalam aksi pertama di tempat lawan, April lalu.

Keputusan seri itu bagaimanapun memadai untuk membawa Terengganu naik ke tangga kelima dengan mengumpul 17 mata susulan kekalahan Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuala Lumpur City (KL City) kepada lawan masing-masing malam ini.

Tuan rumah menguasai babak pertama, Kipre Tchetche mensia-siakan hantaran Azarul Nazarith Azhar dari sebelah kanan pada minit ke-13.

PEMAIN Terengganu FC, Muhammad Azarul Nazarith Azhar (kiri) merebut bola dengan pemain PJ City dalam saingan Liga Super malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Peluang terbaik Terengganu menjelma lagi pada minit ke-33, namun rembatan Tchetche ditepis Kalamullah Al-Hafiz sebelum tolakan Faisal Abdul Halim melambung tinggi ketika bekas penjaga gol negara itu sudah tertewas.

Kalamullah kemudian terus cemerlang menafikan percubaan Petrus Shitembi (m-32) dan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim (m-37) untuk membawa kedudukan 0-0 ke bilik persalinan.

PEMAIN Terengganu FC, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (kanan) diasak pemain PJ City . – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Terengganu mengekalkan rentak agresif selepas rehat malangnya deretan peluang menerusi Shitembi pada minit ke-56 dan Tchetche pada minit ke-62 diselamatkan Kalamullah.

Keghairahan skuad Penyu hampir diperangkap serangan balas PJ City melalui Darren Lok yang menggelecek berjaya penjaga gol mujur tolakan pemain itu sekadar menggegar jaring tepi pada minit ke-63.

Malam serba tidak menjadi buat Terengganu setelah tandukan Manuel Ott dan gerakan Mohd. Syafik Ismail di hujung permainan dihalang Kalamullah untuk kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN